
TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN AKAN DILANGSUNGKAN
KATEGORI TERTUTUP JENDERAM
Tarikh : 3-4 DISEMBER 2011
Masa : 8.00pagi - 6.00ptg
Tempat : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM
KATEGORI TERBUKA
Tarikh : 11 DISEMBER 2011
Masa : 9.00pagi - 4.00ptg
Tempat : STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (TAMAN SEROJA)
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN DAN TABIKA/PRA
Tarikh : 3 & 4 DISEMBER 2011
Masa : 8.00pagi - 6.00 tghri
Tempat : PADANG S.K JENDERAM HULU
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH AKAN DIBUAT DI PADANG S.K JENDERAM PADA PUKUL 5.00ptg (4 Disember 2011)
YURAN PENYERTAAN
TERTUTUP JENDERAM : PERCUMA
TERBUKA : RM100 SETIAP PASUKAN
TARIKH TUTUP & UNDIAN:
TERTUTUP JENDERAM
- TARIKH TUTUP DAN UNDIAN : 2 DIS 2011 (8.30 MLM)
- TEMPAT : PADANG SK JENDERAM
TERBUKA
- TARIKH TUTUP : 11 DIS 2011 (8.00am)(UNDIAN PADA 11 DIS 2011)
- TEMPAT : STADIUM MP SEPANG
HADIAH
TERTUTUP JENDERAM
JOHAN : PIALA PUSINGAN + PIALA EMAS
NAIB JOHAN : PIALA PERAK
TEMPAT KE-3 : PIALA GANGSA
PEMAIN TERBAIK
PENJARING TERBANYAK
PENJAGA GOL TERBAIK
TOKOH JURULATIH
PEMAIN SEPANJANG ZAMAN (VETERAN)
TERBUKA
JOHAN : PIALA PUSINGAN + PIALA + RM500.00
NAIB JOHAN : PIALA + RM250
TEMPAT KE-3 : PIALA + RM100
TEMPAT KE-4 : MEDAL
BAWAH 12 TAHUN
JOHAN : PIALA EMAS
NAIB JOHAN : PIALA PERAK
TEMPAT KE-3 : PIALA GANGSA
ANUGERAH PIALA BAKAT MUDA
ACARA LAIN YANG DISEDIAKAN
- Pertandingan Playstation 2
Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Hanya permainan PES2011/12 akan dipertandingkan.
- Pendaftaran peserta terhad kepada 32 peserta, namun begitu sambutan dari penyertaan luar kawasan atas hasil promosi awal amat memberansangkan dan berkemungkinan besar tambahan kategori akan ditambah.
- Undian akan dijalankan untuk menentukan lawan
- Format Liga 2 kumpulan akan dijalankan
- Perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir dijalankan secaravformat kalah mati
- Hanya 4 pasukan akan ditentukan dalam perlawanan akhir
- Yuran penyertaan :
- i. 1 penyertaan : RM3.00
- ii. 2 penyertaan : RM5.00
- iii. 5 penyertaan : RM10.00
- Tarik Tali Terbuka
Hadiah tempat pertama dan kedua untuk acara tarik tali terbuka. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Penyertaan secara berpasukan seramai 8 peserta tiap pasukan.
- Undian akan dijalankan untuk menentukan lawan
- Perlawanan dilangsungkan dalam format kalah mati
- Hanya 2 pasukan akan ditentukan dalam perlawanan akhir
- Cabutan Nombor Bertuah
Hadiah sampingan Cabutan Bertuah juga turut menanti pengunjung. 2 sesi cabutan bertuah dibuat.
- Peraduan Teka Kacang
Penyertaan untuk peraduan teka kacang menyediakan 5 hadiah untuk dimenangi. Penyertaan dengan tekaan yang paling hampir diistiharkan sebagai pemenang pemenang tempat pertama. Bayaran RM 2.00 untuk setiap tekaan.
- Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 7 tahun
Cenderamata diberi kepada semua peserta dan pemenang tempat pertama hingga ketiga. Pensil warna turut dibekalkan.
- Sukan Rakyat
Antara sukan rakyat yang akan dipertandingkan adalah:
Kategori bawah 15 tahun
1. Lari dalam guni
2. Lari guna tempurung
3. Pancing Botol
4. Syiling dalam tepung
5. Berjalan atas batu bata
Kategori bawah terbuka
1. Lari dalam guni
2. Berjalan atas batu bata
3. Pancing Botol
4. Lari ikat kaki berpasangan
5. Baling belon air
6. Sambung Menyambung